السلام عليكم,
Maybe dah telambat nak mengucapkan
selamat berpuasa kat blog ni, so mcm mana dgn puasa korang pada tahun... aku cm
ni laa..biase2 je, syukur sebab di berikan kesihatan yang baik sepanjang
seminggu ramadhan ni..hope smpi abis la kan...dugaan aku pada ramadhan tahun ni adalah mengantuk yang teramat la sangat hahaha ..
dikesempatan ni harap maafkan salah & silap diatas kata2,tingkah laku yang ader sama ada secara sengaja atau tidak.. yang menguris / menyentap / menyakiti korang ye..
Riwayat Bukhari Dan Muslim. Di Dalam Sabdanya Yang Lain
Maksudnya:
‘Bahawasanya Allah Telah Mewajibkan Puasa Ramadhan, Dan Aku
Telah Mensunahkan Berdiri Pada Malamnya (Solat Tarawih), Kerana Mengharapkan
Akan Allah Oleh Seseorang Iaitu Dengan Berpuasa Pada Siang Hari Dan Solat
(Solat Tarawih) Pada Malamnya, Nescaya Keluarlah (Selamatlah) Dia Dari Dosa
Seperti Dia Dilahirkan Oleh Ibunya’ .
Bagi Sesiapa Yang Mengerjakan Solat Tarawih Di Sepanjang
Malam Bulan Ramadhan Akan Dijanjikan Pahala Yang Amat Besar Oleh Allah. Saidina
Ali Bin Abi Talib Radiallah Anhu Pernah Bertanya Kepada Rasulullah S.A.W.,
Kemudian Baginda Menjawab Orang-Orang Mukmin Yang Melakukan Solat Tarawih Pada
Bulan Ramadhan Akan Mendapat Kelebihan Seperti Berikut:
Malam Pertama
Dosanya Keluar Seperti Ia Baru Dilahirkan Oleh Ibu.
Malam Kedua
Dosanya Diampuni, Begitu Juga Dosa Kedua Ibu Bapanya Jika
Keduanya Itu Orang Mukmin.
Malam Ketiga
Dipanggil Oleh Malaikat Dari Bawah Arasy Dengan Seruan
‘Mulailah Kamu Beramal Sebab Allah Telah Mengampuni Dosamu Yang Telah Lalu ‘.
Malam Keempat
Pahalanya Sama Seperti Orang Yang Membaca Kitab Taurat, Injil,
Zabur Dan Al-Quran.
Malam Kelima
Pahala Seperti Orang Yang Solat Di Masjid Al Haram Di Mekah,
Masjid An Nabawi Di Madinah Dan Masjid Al Aqsa Di Palestin.
Malam Keenam
Seperti Pahala Orang Yang Tawaf Di Baitullah, Batu-Batu
Serta Pasir Turut Sama Memohonkan Ampun Baginya.
Malam Ketujuh
Seperti Orang Yang Hidup Pada Zaman Nabi Musa Dan
Membantunya Hingga Dapat Mengalahkan Fir’aun Dan Haman.
Malam Kelapan
Diberi Oleh Allah Segala Apa Yang Pernah Diberikan Kepada Nabi
Ibrahim.
Malam Kesembilan
Seperti Pahala Beribadat Kepada Allah Yang Dilakukan Oleh Nabi
Muhammad S.A.W
Malam Kesepuluh
Dikurniakan Oleh Allah Kebaikan Di Dunia Dan Akhirat.
Malam Kesebelas
Bersih Dari Segala Dosa Seperti Baru Dilahirkan Dari
Kandungan Ibu.
Malam Kedua Belas
Muka Bercahaya Di Hari Kiamat.
Malam Ketiga Belas
Datang Di Hari Kiamat Dengan Keadaan Aman Dari Segi
Kejahatan.
Malam Keempat Belas
Disaksikan Oleh Malaikat Jika Telah Melaksanakan Solat
Tarawih Maka Pada Hari Kiamat Ia Akan Dibebaskan Oleh Allah Dari Segala
Mudarat.
Malam Kelima Belas
Diminta Ampun Oleh Para Malaikat Yang Memikul Arasy Dan
Kerusi.
Malam Keenam Belas
Dibebaskan Dari Api Neraka Dan Dapat Masuk Syurga.
Malam Ketujuh Belas
Diberi Pahala Seperti Pahala Para Nabi.
Malam Kelapan Belas
Diseru Oleh Para Malaikat Bahawa Allah Telah Redha Kepadamu
Dan Kepada
Orang Tuamu.
Malam Kesembilan Belas
Diangkat Darjatnya Ke Dalam Syurga Firdaus.
Malam Kedua Puluh
Diberi Pahala Para Syuhada Dan Solihin.
Malam Ke Dua Puluh Satu
Dibina Rumahnya Dari Nur Di Dalam Syurga.
Malam Ke Dua Puluh Dua
Di Hari Kiamat Ia Akan Datang Dengan Aman Dari Segala
Kesusahan Dan Dugaan.
Malam Kedua Puluh Tiga
Dibangunkan Sebuah Kota Untuknya Di Syurga.
Malam Kedua Puluh Empat
Pahala Seperti Dua Puluh Empat Permohonan Dikabulkan.
Malam Kedua Puluh Lima
Dihapuskan Dari Seksa Kubur.
Malam Kedua Puluh Enam
Pahalanya Diangkat Selama Empat Puluh Tahun.
Malam Kedua Puluh Tujuh
Dapat Melintasi Sirat Dengan Laju Bagaikan Kilat Menyambar.
Malam Kedua Puluh Lapan
Allah Mengangkat Dengan Seribu Darjat.
Malam Kedua Puluh Sembilan
Seperti Pahala Seribu Haji Yang Mabrur.
Malam Ketiga Puluh
Dipersilakan Oleh Allah Makan Buah-Buahan Syurga Dan Mandi
Dengan Air Salsabil Serta Minum Dari Telaga Kausar.
Semoga kita di beri kesempatan diketemukan pada bulan Ramadhan 2013 pulak ye